TEKS BAHASA ARAB
في أبوال الإبل وألبانها شفاء للذربة بطونهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pada air kencing unta dan susunya ada ubat untuk kembung perut mereka.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1723, hadis nombor 8666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((في أبوال الإبل وألبانها شفاء للذربة بطونهم.)) [طب، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (1406)].
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, secara marfu’- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Pada air kencing unta dan susunya ada ubat untuk kembung perut mereka.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1406].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.