Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَجِيءُ الظالمُ يومَ القيامةِ، حتى إذا كان على جِسْرِ جهنمَ بين الظُّلْمَةِ والوَعْرَةِ؛ لَقِيَهُ المظلومُ فعرفه وعرَف ما ظَلَمه به، فما يَبْرَحُ الذين ظُلِمُوا يَقْتَصُّونَ من الذين ظَلَموا؛ حتى يَنْزَعُوا ما في أَيْدِيهِم من الحسناتِ، فإن لم يكن لهم حسناتٌ؛ رُدَّ عليهم من سيئاتِهِم؛ حتى يُورَدُوا الدَّرْكَ الأسفلَ من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang zalim akan dibawakan pada hari kiamat hingga apabila dia berada di atas jambatan neraka antara kegelapan dan jalan yang tidak rata, dia bertemu dengan orang yang dizalimi, lalu dia mengenali dan mengetahui perbuatan zalimnya. Terus-menerus orang yang dizalimi meminta balasan terhadap orang yang menzalimi hingga mereka mencabut kebaikan-kebaikan yang ada pada tangan mereka, jika mereka tidak lagi mempunyai kebaikan-kebaikan, diberikan kejahatan-kejahatan orang yang dizalimi kepada mereka hingga mereka dicampakkan ke dalam neraka paling bawah.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah al-Bahili RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1361, hadis no. 6939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يجيء الظالم يوم القيامة، حتى إذا كان على جسر جهنم بين الظلمة والوعرة؛ لقيه المظلوم فعرفه وعرف ما ظلمه به، فما يبرح الذين ظلموا يقتصون من الذين ظلموا؛ حتى ينزعوا ما في أيديهم من الحسنات، فإن لم يكن لهم حسنات؛ رد عليهم من سيئاتهم، حتى يوردوا الدرك الأسفل من النار. [طس، ((الضعيفة)) (5317)]
(Lemah) Daripada Abu Umamah al-Bahili RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang zalim akan dibawakan pada hari kiamat hingga apabila dia berada di atas jambatan neraka antara kegelapan dan jalan yang tidak rata, dia bertemu dengan orang yang dizalimi, lalu dia mengenali dan mengetahui perbuatan zalimnya. Terus-menerus orang yang dizalimi meminta balasan terhadap orang yang menzalimi hingga mereka mencabut kebaikan-kebaikan yang ada pada tangan mereka, jika mereka tidak lagi mempunyai kebaikan-kebaikan, diberikan kejahatan-kejahatan orang yang dizalimi kepada mereka hingga mereka dicampakkan ke dalam neraka paling bawah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5317]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman