Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الظَّلَمةُ وأعوانُهُم في النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang zalim dan orang yang membantu mereka berada di dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 838, hadis no. 4296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن حذيفة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الظلمة وأعوانهم في النار)). [فر، ((الضعيفة)) (3845)]
(Palsu) Daripada Ḥuzaifah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang zalim dan orang yang membantu mereka berada di dalam neraka. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3845]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman