Orang yang zalim akan datang pada hari kiamat, sehingga dia sampai di jambatan neraka jahanam di celahan kegelapan dan kesulitan

TEKS BAHASA ARAB

يجيء الظالم يوم القيامة، حتى إذا كان على جسر جهنم بين الظلمة والوعرة؛ لقيه المظلوم فعرفه وعرف ما ظلمه به، فما يبرح الذين ظلموا يقتصون من الذين ظلموا؛ حتى ينزعوا ما في أيديهم من الحسنات، فإن لم يكن لهم حسنات؛ ردّ عليهم من سيئاتهم، حتی يوردوا الدرك الأسفل من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang zalim akan datang pada hari kiamat, sehingga dia sampai di jambatan neraka jahanam di celahan kegelapan dan kesulitan. Orang yang pernah dizalimi akan bertemu dengannya, lalu dia mengenalinya dan dia juga mengetahui dengan apa dia menzaliminya. Maka orang-orang yang dizalimi sentiasa meminta hukuman balas (qisas) daripada orang-orang yang menzalimi. Sehinggalah mereka merampas (pahala) kebaikan yang ada pada tangan mereka. Manakala jika mereka tidak mempunyai (pahala) kebaikan, nescaya (dosa) kejahatan mereka (yang dizalimi) dibalikkan kepada mereka (yang menzalimi). Sehinggalah mereka dibawa ke dalam dasar neraka yang paling dalam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 513, hadis nombor 2729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((يجيء الظالم يوم القيامة، حتى إذا كان على جسر جهنم بين الظلمة والوعرة؛ لقيه المظلوم فعرفه وعرف ما ظلمه به، فما يبرح الذين ظلموا يقتصون من الذين ظلموا؛ حتى ينزعوا ما في أيديهم من الحسنات، فإن لم يكن لهم حسنات؛ ردّ عليهم من سيئاتهم، حتی يوردوا الدرك الأسفل من النار)). [طس، ((الضعيفة)) (5317)].

(Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Orang yang zalim akan datang pada hari kiamat, sehingga dia sampai di jambatan neraka jahanam di celahan kegelapan dan kesulitan. Orang yang pernah dizalimi akan bertemu dengannya, lalu dia mengenalinya dan dia juga mengetahui dengan apa dia menzaliminya. Maka orang-orang yang dizalimi sentiasa meminta hukuman balas (qisas) daripada orang-orang yang menzalimi. Sehinggalah mereka merampas (pahala) kebaikan yang ada pada tangan mereka. Manakala jika mereka tidak mempunyai (pahala) kebaikan, nescaya (dosa) kejahatan mereka (yang dizalimi) dibalikkan kepada mereka (yang menzalimi). Sehinggalah mereka dibawa ke dalam dasar neraka yang paling dalam. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5317].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs