Orang yang tidur ketika berjuang di jalan Allah seperti orang berpuasa sepanjang masa

TEKS BAHASA ARAB

النائم في سبيل الله كالصائم لا يفطر والقائم لا يفتر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang tidur ketika berjuang di jalan Allah seperti orang berpuasa sepanjang masa, tidak berbuka puasa dan orang yang berdiri teguh, tidak lemah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1145, hadis nombor 5792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن حريث رضي الله عنه رفعه: النائم في سبيل الله كالصائم لا يفطر والقائم لا يفتر. [فر، الضعيفة (4698)]

(Lemah) Daripada Amru bin Haris RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang tidur ketika berjuang di jalan Allah seperti orang berpuasa sepanjang masa, tidak berbuka puasa dan orang yang berdiri teguh, tidak lemah. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.4698]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs