Orang yang tidur dalam keadaan sujud tidak wajib berwuduk hinggalah dia tidur berbaring

TEKS BAHASA ARAB

ليس على من نام ساجداً وضوء حتى يضطجع، فإذا اضطجع استرخت مفاصله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang tidur dalam keadaan sujud tidak wajib berwuduk hinggalah dia tidur berbaring kerana apabila dia tidur berbaring, maka sendi-sendinya mengendur.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1208, hadis nombor 6147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ليس على من نام ساجدا وضوء حتى يضطجع، فإذا اضطجع استرخت مفاصله.
[ش، حم، عم، ع، ((الضعيفة)) (4384)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’: Orang yang tidur dalam keadaan sujud tidak wajib berwuduk hinggalah dia tidur berbaring kerana apabila dia tidur berbaring, maka sendi-sendinya mengendur.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, Ahmad dalam al-Musnad, 'Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'id al-Musnad dan Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4384]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.