Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس على من نام ساجدًا وضوءٌ حتى يضطجعَ، فإذا اضطجعَ استرخَتْ مفاصلُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang tidur dalam keadaan sujud tidak wajib berwuduk hinggalah dia tidur berbaring kerana apabila dia tidur berbaring, maka sendi-sendinya mengendur.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1208, hadis no. 6147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ليس على من نام ساجدا وضوء حتى يضطجع، فإذا اضطجع استرخت مفاصله. [ش، حم، عم، ع، ((الضعيفة)) (4384)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu': Orang yang tidur dalam keadaan sujud tidak wajib berwuduk hinggalah dia tidur berbaring kerana apabila dia tidur berbaring, maka sendi-sendinya mengendur. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, Ahmad dalam al-Musnad, 'Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'id al-Musnad dan Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4384]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman