Orang yang tetap di musollanya (tempat solat) selepas solat Subuh sehingga terbit matahari

TEKS BAHASA ARAB

الثابت ‌في مصلاه في صلاة الصبح حتى تطلع الشمس أبلغ في طلب الرزق من الضارب في الأمصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang tetap di musollanya (tempat solat) selepas solat Subuh sehingga terbit matahari lebih mudah menuntut rezeki daripada orang yang terus berjalan ke pelosok bumi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607, hadis nombor 3147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) ‌عن أبان بن عثمان عن أبيه – رضي الله عنه – عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((الثابت ‌في مصلاه في صلاة الصبح حتى تطلع الشمس أبلغ في طلب الرزق من الضارب في الأمصار)). [أبو الشيخ في ((الطبقات))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان)) و ((أحاديث أبي قاسم الأصم))، فر، ((الضعيفة)) (2724)].

(Palsu)
Daripada Aban bin Uthman dari ayahnya RA daripada Nabi SAW: ((Orang yang tetap di musollanya (tempat solat) selepas solat Subuh sehingga terbit matahari lebih mudah menuntut rezeki daripada orang yang terus berjalan ke pelosok bumi.))
[Riwayat Abu al-Syaikh dalam al-Tabaqat, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan Ahadith Abi al-Qasim al-Asam serta al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2724].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs