Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الثابِتُ في مُصَلاهُ في صلاةِ الصبحِ حتى تطلُعَ الشمسُ أبلْغُ في طلبِ الرِّزقِ مِنَ الضَّاربِ في الأمصارِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang tetap di musollanya (tempat solat) selepas solat Subuh sehingga terbit matahari lebih mudah menuntut rezeki daripada orang yang terus berjalan ke pelosok bumi.
Sahabat Perawi
- Aban bin Uthman
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607, hadis no. 3147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبان بن عثمان عن أبيه - رضي الله عنه - عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((الثابت في مصلاه في صلاة الصبح حتى تطلع الشمس أبلغ في طلب الرزق من الضارب في الأمصار)). [أبو الشيخ في ((الطبقات))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان)) و ((أحاديث أبي قاسم الأصم))، فر، ((الضعيفة)) (2724)].
(Palsu) Daripada Aban bin Uthman dari ayahnya RA daripada Nabi SAW: ((Orang yang tetap di musollanya (tempat solat) selepas solat Subuh sehingga terbit matahari lebih mudah menuntut rezeki daripada orang yang terus berjalan ke pelosok bumi.)) [Riwayat Abu al-Syaikh dalam al-Tabaqat, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan Ahadith Abi al-Qasim al-Asam serta al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2724].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman