Orang yang terbaik untuk didampingi

TEKS BAHASA ARAB

خير جلسائكم من ذكركم بالله رؤيته، وزاد في علمكم منطقة، وذكركم الآخرة عمله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang apabila kalian melihatnya, dia mengingatkan kalian kepada Allah, percakapannya menambahkan pengetahuan kalian, dan amalannya mengingatkan kalian kepada akhirat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1448, hadis nombor 7366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قيل: يا رسول الله! أي جلسائنا خير؟ قال: ((من ذكركم بالله رؤيته، وزاد في علمكم منطقه، وذكركم الآخرة عمله)). [ابن النجار في ((الذيل))، ((الضعيفة)) (2830)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Ditanya kepada baginda SAW: Wahai Rasulullah! Manakah orang yang paling baik untuk kami dampingi? Baginda menjawab: Orang yang apabila kalian melihatnya, dia mengingatkan kalian kepada Allah, percakapannya menambahkan pengetahuan kalian, dan amalannya mengingatkan kalian kepada akhirat.
[Riwayat Ibn al-Najjār dalam al-Dhail. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2830].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs