Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ جلسائِكم مَن ذكَّركم باللهِ رؤيتُه، وزاد في علمِكم منطقُه، وذكَّركم الآخرةَ عملُه.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang apabila kalian melihatnya, dia mengingatkan kalian kepada Allah, percakapannya menambahkan pengetahuan kalian, dan amalannya mengingatkan kalian kepada akhirat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1448, hadis no. 7366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قيل: يا رسول الله! أي جلسائنا خير؟ قال: ((من ذكركم بالله رؤيته، وزاد في علمكم منطقه، وذكركم الآخرة عمله)). [ابن النجار في ((الذيل))، ((الضعيفة)) (2830)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Ditanya kepada baginda SAW: Wahai Rasulullah! Manakah orang yang paling baik untuk kami dampingi? Baginda menjawab: Orang yang apabila kalian melihatnya, dia mengingatkan kalian kepada Allah, percakapannya menambahkan pengetahuan kalian, dan amalannya mengingatkan kalian kepada akhirat. [Riwayat Ibn al-Najjār dalam al-Dhail. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2830].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman