Orang yang terbaik dari kalangan orang beriman adalah orang yang apabila diminta dia memberi

TEKS BAHASA ARAB

أي المؤمنين أفضل؟ قال بعضهم: المؤمن الغني الذي يعطي فيتصدق. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليس كذلك ولكن أفضل المؤمنين إيمانا الذي إذا سئل أعطى وإذا لم يعط استغنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapakah orang yang terbaik dari kalangan orang yang beriman? Maka sebahagian para sahabat menjawab: Mukmin kaya yang diberi rezeki lalu dia bersedekah. Maka Rasulullah SAW bersabda: Bukan begitu. Akan tetapi orang yang terbaik dari kalangan orang beriman adalah orang yang apabila diminta dia memberi. Apabila tidak diberi, dia merasa cukup.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 902, hadis nombor 4620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لمن عنده: أي المؤمنين أفضل؟. قال بعضهم: المؤمن الغني الذي يعطي فيتصدق. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليس كذلك ولكن أفضل المؤمنين إيمانا الذي إذا سئل؛ أعطى وإذا لم يعط استغنى. [خط, الضعيفة (7037)]

(Munkar) Daripada Abdullah Bin ‘Amru RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang berada di samping Baginda : Siapakah orang yang terbaik dari kalangan orang yang beriman? Maka sebahagian para sahabat menjawab: Mukmin kaya yang diberi rezeki lalu dia bersedekah. Maka Rasulullah SAW bersabda: Bukan begitu. Akan tetapi orang yang terbaik dari kalangan orang beriman adalah orang yang apabila diminta dia memberi. Apabila tidak diberi, dia merasa cukup. [Al-Khatib Al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, Al-Dha’ifah no 7037]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs