Orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah yang melakukan qasar dan berbuka ketika permusafiran

TEKS BAHASA ARAB

خياركم من قصر الصلاة في السفر وأفطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah yang melakukan qasar dan berbuka ketika permusafiran

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 993, hadis nombor 5113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن حرملة أنه سمع رجلاً يسأل سعيد بن المسيب: أتم الصلاة وأصوم في السفر؟ قال: لا قال: فإني أقوى على ذلك؟ قال: كان رسول الله ﷺ أقوى منك كان يقصر الصلاة في السفر ويفطر وقال رسول الله ﷺ: خياركم من قصر الصلاة في السفر وأفطر. [ش، الطبري في التهذيب، الضعيفة (3560)].

(Lemah) Daripada Abdul Rahman bin Harmalah RA bahawa beliau mendengar seorang lelaki bertanya kepada Sa’id Ibn Al-Musayyab : Adakah aku perlu menyempurnakan solat dan berpuasa ketika bermusafir? Beliau menjawab: Tidak. Lelaki tersebut berkata: Tetapi aku mampu untuk melakukan perkara tersebut?”. Sa’id Ibn Musayyab RA menjawab: Rasulullah SAW lebih mampu daripada engkau, Baginda memendekkan solat dan berbuka ketika permusafiran. Rasulullah SAW bersabda: Orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah yang melakukan qasar dan berbuka ketika permusafiran [Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, dan al-Tabari dalam al-Tahzib. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3560].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs