Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيارُكُم مَنْ قَصَرَ الصلاةَ في السَّفر وأَفْطَر.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah yang melakukan qasar dan berbuka ketika permusafiran
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 993, hadis no. 5113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن حرملة أنه سمع رجلاً يسأل سعيد بن المسيب: أتم الصلاة وأصوم في السفر؟ قال: لا قال: فإني أقوى على ذلك؟ قال: كان رسول الله ﷺ أقوى منك كان يقصر الصلاة في السفر ويفطر وقال رسول الله ﷺ: خياركم من قصر الصلاة في السفر وأفطر. [ش، الطبري في التهذيب، الضعيفة (3560)].
(Lemah) Daripada Abdul Rahman bin Harmalah RA bahawa beliau mendengar seorang lelaki bertanya kepada Sa'id Ibn Al-Musayyab : Adakah aku perlu menyempurnakan solat dan berpuasa ketika bermusafir? Beliau menjawab: Tidak. Lelaki tersebut berkata: Tetapi aku mampu untuk melakukan perkara tersebut?”. Sa'id Ibn Musayyab RA menjawab: Rasulullah SAW lebih mampu daripada engkau, Baginda memendekkan solat dan berbuka ketika permusafiran. Rasulullah SAW bersabda: Orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah yang melakukan qasar dan berbuka ketika permusafiran [Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, dan al-Tabari dalam al-Tahzib. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3560].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman