Orang yang terawal daripada kalian yang pergi minum di telaga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أولكن ترد علي الحوض أطولكن يدا. قالت ميمونة: فجعلنا نقدر أذرعنا؛ أيتنا أطول يدا. فقال: ليس ذاك أعني، إنما أعني أصنعكن يدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang terawal daripada kalian yang pergi minum di telaga ialah orang yang paling panjang tangannya. Maimunah berkata: Kami mula mengukur lengan kami yang mana antara kami yang paling panjang tangannya. Baginda bersabda: Bukan begitu yang aku maksudkan. Yang aku maksudkan adalah tangan yang paling kuat beramal dengan tangan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1928 hadis nombor 9675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
الأصم عن ميمونة زوج النبي ﷺ ورضي عنها قالت: دخل علينا رسول الله ﷺ ونحن جلوس، فقال: أولكن ترد علي الحوض أطولكن يدا. قالت ميمونة: فجعلنا نقدر أذرعنا؛ أيتنا أطول يدا. فقال: ليس ذاك أعني، إنما أعني أصنعكن يدا.
[طس، ((الضعيفة)) (6335)]

(Palsu)
Al-Asam daripada Maimunah, isteri Nabi SAW RA, beliau berkata: Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah dalam keadaan kami sedang duduk. Baginda bersabda: Orang yang terawal daripada kalian yang pergi minum di telaga ialah orang yang paling panjang tangannya. Maimunah berkata: Kami mula mengukur lengan kami yang mana antara kami yang paling panjang tangannya. Baginda bersabda: Bukan begitu yang aku maksudkan. Yang aku maksudkan adalah tangan yang paling kuat beramal dengan tangan.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6335]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.