Batil

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang terawal dalam kalangan kamu yang memeluk Islam iaitu 'Ali bin Abi Talib

Teks Bahasa Arab

أولُكم ورودًا عليَّ الحوضِ أولُكم إسلامًا: عليٌ بنُ أبي طالبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Orang terawal dalam kalangan kamu yang akan menemuiku di telaga adalah orang yang terawal dalam kalangan kamu yang memeluk Islam iaitu 'Ali bin Abi Talib.

Sahabat Perawi

  1. Salman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1378, hadis no. 7014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن سلمان رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أولكم وروداً علي الحوض أولكم إسلاما: علي بن أبي طالب. [عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6336)]

(Batil) Daripada Salman RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Orang terawal dalam kalangan kamu yang akan menemuiku di telaga adalah orang yang terawal dalam kalangan kamu yang memeluk Islam iaitu 'Ali bin Abi Talib. [Riwayat Ibn 'Adi dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6336]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.