Orang yang terawal dalam kalangan kalian yang pergi kepadaku di telaga

TEKS BAHASA ARAB

أولكم ورودا علي الحوض أولكم إسلاما: علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang terawal dalam kalangan kalian yang pergi kepadaku di telaga ialah orang yang terawal daripada kamu yang memeluk Islam iaitu Ali bin Abu Talib.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1928 hadis nombor 9674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن سلمان رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: أولكم ورودا علي الحوض أولكم إسلاما: علي بن أبي طالب.
[عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6336)]

(Batil)
Daripada Salman RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang terawal dalam kalangan kalian yang pergi kepadaku di telaga ialah orang yang terawal daripada kamu yang memeluk Islam iaitu Ali bin Abu Talib.
[Riwayat al-Kamil dalam al-Dhu’afa’, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6336]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs