Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang telah meninggal dunia masih mendengar azan

Teks Bahasa Arab

لا يزالُ الميتُ يسمعُ الأذانَ؛ ما لم يُطَيَّنْ قبرُه.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang telah meninggal dunia masih mendengar azan, sementara kuburnya masih belum ditimbus tanah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1770, hadis no. 8913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يزال الميت يسمع الأذان؛ ما لم يطين قبره)). [فر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6522)]

(Palsu) Daripada Ibn Mas‘ūd RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang telah meninggal dunia masih mendengar azan, sementara kuburnya masih belum ditimbus tanah. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6522]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.