TEKS BAHASA ARAB
الميت يؤذيه في قبره ما يؤذيه في بيته
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang telah mati itu akan disakiti di kuburnya apa yang disakiti di rumahnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1735, hadis nombor 8732. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الميت يؤذيه في قبره ما يؤذيه في بيته)) [الكلابذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (3285)].
(Palsu)
Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Orang yang telah mati itu akan disakiti di kuburnya apa yang disakiti di rumahnya.))
[Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah Al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3285].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.