Orang yang telah mati itu akan dipercik ke atasnya air yang mendidih kerana tangisan mereka yang hidup

TEKS BAHASA ARAB

الميت ينضح عليه الحميم ببكاء الحي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang telah mati itu akan dipercik ke atasnya air yang mendidih kerana tangisan mereka yang hidup.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1735-1736, hadis nombor 8733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة رحمة الله عليها قالت: لما توفي عبد الله بن أبي بكر بكي عليه، فخرج أبو بكر رضي الله عنه فقال: إني أعتذر لكم من شأن أولاء؛ إنهن حديث عهد بجاهلية، إني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((الميت ينضح عليه الحميم ببكاء الحي)). [ع، البزار، ((الضعيغة)) (3283)]

(Palsu)
Daripada Aisyah (semoga Allah merahmatinya), beliau berkata: Bila mana Abdullah bin Abu Bakar meninggal, dia ditangisi. Lalu Abu Bakar RA keluar dan berkata: “Sesungguhnya aku meminta maaf kepada kamu semua disebabkan oleh mereka-mereka ini. Sesungguhnya mereka terpengaruh meneruskan apa yang dilakukan pada zaman jahiliah. Sesungguhnya Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Orang yang telah mati itu akan dipercik ke atasnya air yang mendidih kerana tangisan mereka yang hidup.))
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3283].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs