Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذو الوجهين في الدنيا يأتي يوم القيامة وله وجهان من نار.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang talam dua muka di dunia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan mempunyai dua muka di neraka.
Sahabat Perawi
- Saad bin Abi Waqqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 700, hadis no. 3591. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ذو الوجهين في الدنيا يأتي يوم القيامة وله وجهان من نار)). [طس، ((الضعيفة)) (٦٦٧٠)]
(Palsu) Daripada Sa‘d bin Abī Waqqās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang talam dua muka di dunia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan mempunyai dua muka di neraka. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6670]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman