Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أهلَ المعروفِ في الدُّنيا هم أهلُ المعروفِ في الآخرةِ، وإنَّ أوَّلَ أهلِ الجنَّةِ دُخولًا الجنَّةَ أهلُ المعروفِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang suka melakukan kebaikan (ahli al-ma’ruf) di dunia, mereka ialah ahli al-ma’ruf di akhirat. Dan orang yang pertama akan memasuki syurga ialah ahli al-ma’ruf.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 679-680, hadis no. 3496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أهل المعروف في الدنيا هم أهل المعروف في الآخرة، وإن أول أهل الجنة دخولاً الجنة أهل المعروف)). [طب، ((الضعيفة)) (5815)]
(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang suka melakukan kebaikan (ahli al-ma’ruf) di dunia, mereka ialah ahli al-ma’ruf di akhirat. Dan orang yang pertama akan memasuki syurga ialah ahli al-ma’ruf. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah , no. 5815]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman