Orang yang sedang beriktikaf boleh melawat orang yang sakit, dan menghadiri pengurusan jenazah

TEKS BAHASA ARAB

‌‌المعتكف يعود المريض ويشهد الجنازة. فإذا خرج من المسجد قنع رأسه حتى يرجع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang sedang beriktikaf boleh melawat orang yang sakit, dan menghadiri pengurusan jenazah. Apabila dia keluar daripada masjid (tempat dia beriktikaf), hendaklah dia menutup kepalanya sehingga dia kembali semula ke masjid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis nombor 5787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: المعتكف يعود المريض ويشهد الجنازة فإذا خرج من المسجد؛ قنع رأسه حتى يرجع. [رواه السيوطي في أربعين حديثا في الطيلسان، الضعيفة (4679)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang sedang beriktikaf boleh melawat orang yang sakit, dan menghadiri pengurusan jenazah. Apabila dia keluar daripada masjid (tempat dia beriktikaf), hendaklah dia menutup kepalanya sehingga dia kembali semula ke masjid. [Riwayat al-Suyuthi dalam Arba’in Hadisan fi al-Thaylasan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4679]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs