Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المُعتَكِفُ يَعُودُ المريضَ، ويَشْهَدُ الجنازةَ، فإذا خَرَجَ من المسجد؛ قَنَّعَ رأسَهُ حتى يَرْجِعَ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang sedang beriktikaf boleh melawat orang yang sakit, dan menghadiri pengurusan jenazah. Apabila dia keluar daripada masjid (tempat dia beriktikaf), hendaklah dia menutup kepalanya sehingga dia kembali semula ke masjid.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis no. 5787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: المعتكف يعود المريض ويشهد الجنازة فإذا خرج من المسجد؛ قنع رأسه حتى يرجع. [رواه السيوطي في أربعين حديثا في الطيلسان، الضعيفة (4679)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang sedang beriktikaf boleh melawat orang yang sakit, dan menghadiri pengurusan jenazah. Apabila dia keluar daripada masjid (tempat dia beriktikaf), hendaklah dia menutup kepalanya sehingga dia kembali semula ke masjid. [Riwayat al-Suyuthi dalam Arba’in Hadisan fi al-Thaylasan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4679]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman