TEKS BAHASA ARAB
المتحابون في الله على كراسي من ياقوت أحمر حول العرش.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang saling mencintai kerana Allah akan ditempatkan di atas kerusi daripada batu permata (yaqut) merah yang berada di sekitar ‘Arasy.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 177, hadis nombor 900. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي أيوب -رضي الله عنه- مرفوعا: المتحابون في الله على كراسي من ياقوت أحمر حول العرش.
[طب، عد، الثقفي في ((الثقفيات))، ((الضعيفة)) (636)]
(Munkar)
Daripada Abu Ayyub – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: “Orang yang saling mencintai kerana Allah akan ditempatkan di atas kerusi daripada batu permata (yaqut) merah yang berada di sekitar ‘Arasy.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ dan al-Tsaqafi dalam al-Tsaqafiyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 636]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.