Orang yang rugi (kerana ditipu harga) tidak terpuji dan tidak diberi pahala

TEKS BAHASA ARAB

المغبون لا محمود ولا مأجور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang rugi (kerana ditipu harga) tidak terpuji dan tidak diberi pahala.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 594, hadis nombor 3060. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي –رضي الله عنه– مرفوعا: ((‌المغبون لا محمود ولا مأجور)). [خط، البغوي في ((حديث كامل بن طلحة))، أبو حفص الكتاني في ((جزء من حديثه))، أبو القاسم السمرقندي في ((ما قرب سنده))، ابن عساكر، تخ، طب، ((الضعيفة)) (674)].

(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Orang yang rugi (kerana ditipu harga) tidak terpuji dan tidak diberi pahala.[Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Baghawi dalam Hadith Kamil bin Talhah, Abu Hafs al-Kattani dalam Juz min Hadith beliau, Abu al-Qasim al-Samarqandi dalam Ma Qaruba Sanaduhu, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq, al-Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari, dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 674].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs