Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صِغَارُ قَوْمٍ كِبَارُ آخَرِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang rendah kedudukan bagi suatu kaum adalah orang yang besar kedudukan bagi golongan lain.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 51, hadis no. 201. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا يعرف في المرفوع ، لكن جاء عن الحسن بن علي، أنه دعا بنيه وبني أخيه، وقال لهم ، إنكم صغار قوم ، يوشك أن يكونوا كبار آخرين فتعلموا العلم ، فمن لم يستطيع منكم أن يرويه ـ أو قال : يحفظه ـ فليكتبه ، وليضع في بيته . وجاء نحوه عن عمرو بن العاص ، ونحوه عن عروة .
Tidak diketahui pada hadith yang marfu'. Namun, telah disebutkan daripada al-Hasan bin 'Ali bahawa beliau memanggil anak lelakinya dan anak lelaki saudaranya, beliau berkata kepada mereka: "Sesungguhnya kamu adalah orang kecil bagi kaum ini, diharapkan akan menjadi orang besar bagi golongan lain. Oleh itu, pelajarilah ilmu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang tidak mampu meriwayatkannya - atau beliau berkata: menghafalnya -, maka tulislah dan letakkkan dirumahnya". Turut disebutkan seumpama kisah tersebut daripada 'Amr bin al-'As, juga seumpamanya daripada 'Urwah.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman