Orang yang pertama yang akan menerima buku catatan dengan tangan kanan dari kalangan umat ini adalah Umar bin al-Khattab

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أول من يعطى كتابه بيمينه من هذه الأمة عمر بن الخطاب وله شعاع كشعاع الشمس. قيل: فأين أبو بكر؟ قال: تزفه الملائكة إلى الجنان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Orang yang pertama yang akan menerima buku catatan dengan tangan kanan dari kalangan umat ini adalah Umar bin al-Khattab dan dia mempunyai cahaya seperti cahaya matahari. Nabi SAW ditanya: Di mana Abu Bakar? Lalu Baginda berkata: Malaikat mengiringinya ke syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 336, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب: عن زيد بن ثابت مرفوعا، والمتهم به عمر بن إبراهيم بن خالد الكردي.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Zaid bin Thabit secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Yang dituduh berdusta adalah Umar bin Ibrahim bin Khalid al-Kurdi.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs