Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang pertama yang akan menerima buku catatan dengan tangan kanan dari kalangan umat ini adalah Umar bin al-Khattab

Teks Bahasa Arab

حديث: أَوَّلُ مَنْ يُعْطَى كِتَابُهُ بِيَمِينِهِ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَلَهُ شُعَاعٌ كَشُعَاعِ الشَّمْسِ. قِيلَ: فَأَيْنَ أَبُو بَكْرٍ؟ قَالَ: تَزُفُّهُ الْمَلائِكَةُ إِلَى الْجِنَّانِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Orang yang pertama yang akan menerima buku catatan dengan tangan kanan dari kalangan umat ini adalah Umar bin al-Khattab dan dia mempunyai cahaya seperti cahaya matahari. Nabi SAW ditanya: Di mana Abu Bakar? Lalu Baginda berkata: Malaikat mengiringinya ke syurga.

Sahabat Perawi

  1. Zaid bin Thabit RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 336, hadis no. 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب: عن زيد بن ثابت مرفوعا، والمتهم به عمر بن إبراهيم بن خالد الكردي.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Zaid bin Thabit secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Yang dituduh berdusta adalah Umar bin Ibrahim bin Khalid al-Kurdi.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.