Orang yang pertama yang akan memakai pakaian dari neraka adalah Iblis

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أول من يكسى حلة من النار إبليس، يضعها على حاجبيه، وهو يسحبها من خلفه، وذريته من خلفه، وهو يقول: يا ‌ثبوراه! وهم ينادون: يا ثبوراهم، حتى يقف على النار، فيقول: يا ‌ثبوراه! فينادون: يا ثبوراهم، فيقال: " لا تدعو اليوم ثبورا واحدا، وادعوا ثبورا كثيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang pertama yang akan memakai pakaian dari neraka adalah Iblis, diletakkan di atas keningnya dan ditarik dari belakang, serta para zuriatnya di belakangnya dan ia berkata: Binasalah ia. Mereka memanggil: Wahai orang yang binasa, sehingga mereka berdiri di atas neraka dan berkata: Binasalah ia dan mereka memanggil: Wahai orang yang binasa. Dan dikatakan kepada mereka: “(Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya)".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 649, hadis nombor 3358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((أول من يكسى حلة من النار إبليس، يضعها على حاجبيه، وهو يسحبها من خلفه، وذريته من خلفه، وهو يقول: يا ‌ثبوراه! وهم ينادون: يا ثبوراهم، حتى يقف على النار، فيقول: يا ‌ثبوراه! فينادون: يا ثبوراهم، فيقال: " لا تدعو اليوم ثبورا واحدا، وادعوا ثبورا كثيرا)). [حم، البزار، ابن جرير، ((الضعيفة)) (1143)]

(Lemah) Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang pertama yang akan memakai pakaian dari neraka adalah Iblis, diletakkan di atas keningnya dan ditarik dari belakang, serta para zuriatnya di belakangnya dan ia berkata: Binasalah ia. Mereka memanggil: Wahai orang yang binasa, sehingga mereka berdiri di atas neraka dan berkata: Binasalah ia dan mereka memanggil: Wahai orang yang binasa. Dan dikatakan kepada mereka: “(Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya)". [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazzar dalam Musnadnya dan Ibn Jarir dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1143]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.