Orang yang pendek boleh menjadi panjang iaitu apabila ia mempunyai anak yang panjang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن القصيرة قد تطيل. أي تلد ولدا طويلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang pendek boleh menjadi panjang. Iaitu apabila ia mempunyai anak yang panjang.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 66, hadis nombor 59. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال صاحب القاموس: إنه مثل وليس بحديث كما وهم فيه الجوهري.

Penulis al-Qamus berkata: Ia adalah peribahasa dan bukan hadis sepertimana yang disalah fahami oleh al-Jawhari.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.