Orang yang pemurah itu adalah kekasih Allah walaupun dia seorang yang fasiq

TEKS BAHASA ARAB

الكريم حبيب الله ولو كان فاسقا والبخيل عدو الله ولو كان راهبا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang pemurah itu adalah kekasih Allah walaupun dia seorang yang fasiq, manakala orang yang bakhil itu adalah musuh Allah walaupun dia seorang rahib.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 134, hadis nombor 221. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له.

Tiada asal baginya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.