Batil

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang pemurah adalah kekasih Allah sekalipun dia seorang fasiq

Teks Bahasa Arab

‌الْكَرِيمُ ‌حَبِيبُ ‌اللَّهِ ‌وَلَوْ ‌كَانَ ‌فَاسِقًا ‌وَالْبَخِيلُ ‌عَدُوُّ ‌اللَّهِ ‌وَلَوْ ‌كَانَ ‌رَاهِبًا.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang pemurah adalah kekasih Allah sekalipun dia seorang fasiq, manakala orang bakhil pula adalah musuh Allah sekalipun dia seorang rahib.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 69, hadis no. 280. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو باطل اللفظ والمعنى.

Ia batil dari sudut lafaz dan makna.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.