Tiada asalnya

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang pemurah adalah kekasih Allah

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: الْكَرِيم حبيب الله وَلَو كَانَ فَاسِقًا، والبخيل عَدو الله وَلَو كَانَ رَاهِبًا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Orang yang pemurah adalah kekasih Allah sekalipun dia seorang fasiq, manakala orang bakhil pula adalah musuh Allah sekalipun dia seorang rahib.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tiada asalnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 139, hadis no. 390. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له.

Tiada asalnya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.