Orang yang paling teguh dalam kalangan kalian di atas titian sirat

TEKS BAHASA ARAB

أثبتكم على الصراط، أشد حبا لأهل بيتي وأصحابي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang paling teguh dalam kalangan kalian di atas titian sirat ialah orang yang paling cintakan ahli bait dan para sahabatku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis nombor 9069. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: أثبتكم على الصراط؛ أشد حبا لأهل بيتي وأصحابي. [فر، ((الضعيفة)) (1996)]

(Palsu) Daripada Ali RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling teguh dalam kalangan kalian di atas titian sirat ialah orang yang paling cintakan ahli bait dan para sahabatku." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1996]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs