Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَثْبَتُكُم على الصراطِ، أَشَدُّ حُبًّا لأهلِ بيتي وأصحابي.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang paling teguh dalam kalangan kalian di atas titian sirat ialah orang yang paling cintakan ahli bait dan para sahabatku.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis no. 9069. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ali RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling teguh dalam kalangan kalian di atas titian sirat ialah orang yang paling cintakan ahli bait dan para sahabatku." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1996]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman