Orang yang paling mulia dalam umatku ialah penghafal al-Quran dan orang yang berjaga malam

TEKS BAHASA ARAB

أشراف أمتي حَملة القرآن، وأصحاب الليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang paling mulia dalam umatku ialah penghafal al-Quran dan orang yang berjaga malam

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1808, hadis nombor 9118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها- مرفوعاً: أشراف أمتي حَملة القرآن، وأصحاب الليل. [طب، الإسماعيلي، عد، السهمي، هب، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة))(2416)]

(Palsu): Daripada Ibn Abbas RA berkata, Nabi SAW bersabda: Orang yang paling mulia dalam umatku adalah penghafal al-Quran, dan orang yang berjaga malam. [Al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir, al-‘Ismaili, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Sahmi, al-Baihaqi dalam Sya’bu al-Iman, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad, Ibn ‘Asakir, Lihat Silsilah al-Dhaifah no. 2416]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs