Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أبعَدُ الناسِ مِنَ اللهِ يومَ القيامةِ القاضي الذي يُخالِفُ إلى غيرِ ما يأمُرُ به
Teks Bahasa Melayu
Orang yang paling jauh dari Allah pada hari kiamat adalah seorang penguasa yang melakukan perkara yang bercanggah dengan apa yang disuruh
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 782, hadis no. 4013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة مرفوعا: "أبعد الناس من الله يوم القيامة القاضي الذي يخالف إلى غير ما يأمر به..." الحديث بطوله. [فر، ((الضعيفة)) (2091)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: “Orang yang paling jauh dari Allah pada hari kiamat adalah seorang penguasa yang melakukan perkara yang bercanggah dengan apa yang disuruh..” Hadis disebut dengan panjang. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2091]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman