Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أعظمُ الناسِ هَمًّا المؤمنُ الذي يَهْتَمُّ بأمرِ دنياهُ وآخِرَتِه.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang paling kuat kerunsingan ialah orang mukmin yang mengambil berat terhadap urusan dunia dan akhiratnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis no. 3913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه - مرفوعاً: ((أعظم الناس هما المؤمن الذي يهتم بأمر دنياه وآخرته)). [ه، ابن أبي الدنيا في ((الهم والحزن))، ((الضعيفة)) (897)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: “Orang yang paling kuat kerunsingan ialah orang mukmin yang mengambil berat terhadap urusan dunia dan akhiratnya.” [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Hamm wa al-Hazn. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 897]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman