Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang paling dicintai Allah dalam kalangan kalian ialah yang paling sedikit makan, dan paling ringan tubuh badan

Teks Bahasa Arab

أَحَبُّكُم إلى اللهِ تعالى أَقَلُّكُم طُعُمًا، وأَخَفُّكُم بَدَنًا.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang paling dicintai Allah dalam kalangan kalian ialah yang paling sedikit makan, dan paling ringan tubuh badan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 597, hadis no. 3081.

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((أحبكم إلى الله تعالى أقلكم طعما، ‌وأخفكم بدنا)). [فر، ((الضعيفة)) (1998)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Orang yang paling dicintai Allah dalam kalangan kalian ialah yang paling sedikit makan, dan paling ringan tubuh badan.)) [Diriwayatkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1998].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.