Orang yang paling celaka adalah orang yang menghimpunkan kefakiran dunia dan akhirat

TEKS BAHASA ARAB

أشقى ‌الأشقياء من اجتمع عليه فقر الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang paling celaka adalah orang yang menghimpunkan kefakiran dunia dan akhirat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 589, hadis nombor 3024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه- مرفوعا: ((أشقى ‌الأشقياء من اجتمع عليه فقر الدنيا والآخرة)). [ك، هق، طس، ((الضعيفة)) (139)].

(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Orang yang paling celaka adalah orang yang menghimpunkan kefakiran dunia dan akhirat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Riwayat al-Tabarani dalam kitab Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 139].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs