Orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن شر الناس منزله عند اللّه يوم القيامة، من يخاف الناس شره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang yang manusia lain takut akan kejahatannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1376, hadis nombor 7006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رجلا أقبل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأثنوا عليه شرا، فرحب به النبي صلى الله عليه وسلم، فلما قفى، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن شر الناس منزله عند اللّه يوم القيامة، من يخاف الناس شره.
[طس، عد، ((الضعيفة)) (6361)]

(Sangat lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW, lalu mereka menyebut keburukan ke atasnya. Nabi SAW pun mengalu-alukannya, apabila dia datang, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang yang manusia lain takut akan kejahatannya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6361]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.