Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: قول عائشة: يؤمكم أقرؤكم للقرآن فإن لم يكن فأصبحكم وجها.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Kata-kata Aisyah RA: Orang yang paling betul bacaan Qurannya adalah orang yang layak menjadi imam kalian.Jika tiada, maka yang paling tampan dalam kalangan kamu.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 31-32, hadis no. 65. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Riwayat Abu Ubaid di dalam Kitabnya al-Gharib daripada Aisyah RA secara marfu (yang disandarkan kepada nabi). Ahmad berkata: Hadith ini tidak sahih. Abu Hatim berkata: Sesungguhnya Abdullah bin Farrukh perawi daripada Aisyah merupakan seorang yang tidak dikenali. Al-Suyuti berkata di dalam Al-Laali: Imam Muslim dan Abu Dawud meriwayatkan hadith dari Abdullah bin Farrukh. Ibn Hajar berkata di dalam al-Mizan: Beliau dihukumkan sebagai saduq. Ibn Asakir meriwayatkan daripada Aisyah secara marfu (yang disandarkan kepada nabi) berkata: Nabi SAW bersabda: “Hendaklah yang menjadi imam di kalangan kamu orang yang tampan wajahnya, kerana dia paling baik akhlaknya di kalangan kamu”. Diriwayatkan oleh al-Dailami. Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi daripada Abu Yazid al-Ansari berkata: “Jika kamu mempunyai 3 orang (Jemaah), maka yang menjadi imam ialah yang betul bacaan Qurannya. Jika mereka sama maka dahulukan yang paling tua dikalangan mereka. Jika mereka sama maka dahulukan yang paling tampan wajahnya”. Di dalam sanad hadith ini terdapat perawi bernama Abdul Aziz Bin Muawiyah namun Abu Ahmad al-Hakim mendaifkannya disebabkan hadith ini.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman