Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشدُّ الناسِ عذابًا يومَ القيامةِ المكفىُّ الفارغُ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang paling berat azabnya pada hari kiamat adalah orang yang merasa cukup yang tidak berbuat apa-apa (banyak bergantung kepada manusia).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 608, hadis no. 3155. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أشد الناس عذابا يوم القيامة المكفي الفارغ)). [فر، ((الضعيفة)) (2757)].
(Sangat lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Orang yang paling berat azabnya pada hari kiamat adalah orang yang merasa cukup yang tidak berbuat apa-apa (banyak bergantung kepada manusia).)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah. no. 2757].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman