Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَجْرَؤُكم على الفُتْيَا أَجْرَؤُكم على النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang paling berani memberikan fatwa ialah orang yang paling berani menghadapi neraka jahanam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1242, hadis no. 6335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبيد الله بن أبي جعفر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أجرؤكم على الفتيا أجرؤكم على النار. [الدارمي، ((الضعيفة)) (1814)]
(Lemah) Daripada 'Ubaidillah bin Abi Ja'far, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling berani memberikan fatwa ialah orang yang paling berani menghadapi neraka jahanam. [Riwayat al-Darimiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1814]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman