Orang yang paling banyak sifat belas kasihan dalam kalangan umat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أرحم أمتي أبو بكر الصديق، وأحسنهم خلقاً أبو عبيدة بن الجراح، وأصدقهم لهجة أبو ذر، وأشدهم في الحق عمر، وأقضاهم علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang paling banyak sifat belas kasihan dari kalangan umat aku adalah Abu Bakar al-Siddiq, yang paling elok akhlaknya adalah Abu Ubaidah al-Jarrah, yang paling benar lahjahnya adalah Abu Zar, yang paling lantang memperjuangkan kebenaran adalah Umar dan yang paling adil dalam penghakiman adalah Ali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1949, hadis nombor 9759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الرحمن بن أبي بكر الصديق قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أرحم أمتي أبو بكر الصديق، وأحسنهم خلقاً أبو عبيدة ابن الجراح، وأصدقهم لهجة أبو ذر، وأشدهم في الحق عمر، وأقضاهم علي.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7141)]

(Lemah)
Daripada Abdurrahman Bin Abu Bakar al-Siddiq, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling banyak sifat belas kasihan dari kalangan umat aku adalah Abu Bakar al-Siddiq, yang paling elok akhlaknya adalah Abu Ubaidah al-Jarrah, yang paling benar lahjahnya adalah Abu Zar, yang paling lantang memperjuangkan kebenaran adalah Umar dan yang paling adil dalam penghakiman adalah Ali.
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.