Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرْحَمُ أُمَّتِي أبو بكرٍ الصِّدِّيقُ، وأَحْسَنُهُم خُلُقًا أبو عُبَيْدَةَ بنُ الْجَرَّاحِ، وأَصْدَقُهُم لَهْجَةً أبو ذَرٍّ، وأَشَدُّهُم في الحقِّ عُمَرُ، وأقضاهم عَلِيٌّ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang paling banyak sifat belas kasihan dari kalangan umat aku adalah Abu Bakar al-Siddiq, yang paling elok akhlaknya adalah Abu Ubaidah al-Jarrah, yang paling benar lahjahnya adalah Abu Zar, yang paling lantang memperjuangkan kebenaran adalah Umar dan yang paling adil dalam penghakiman adalah Ali.
Sahabat Perawi
- Abdurrahman Bin Abu Bakar al-Siddiq
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1949, hadis no. 9759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن أبي بكر الصديق قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أرحم أمتي أبو بكر الصديق، وأحسنهم خلقاً أبو عبيدة ابن الجراح، وأصدقهم لهجة أبو ذر، وأشدهم في الحق عمر، وأقضاهم علي. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7141)]
(Lemah) Daripada Abdurrahman Bin Abu Bakar al-Siddiq, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling banyak sifat belas kasihan dari kalangan umat aku adalah Abu Bakar al-Siddiq, yang paling elok akhlaknya adalah Abu Ubaidah al-Jarrah, yang paling benar lahjahnya adalah Abu Zar, yang paling lantang memperjuangkan kebenaran adalah Umar dan yang paling adil dalam penghakiman adalah Ali. [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7141]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman