Orang yang paling bahagia di dunia adalah Luka' Ibn Luka'

TEKS BAHASA ARAB

‌ليأتين على الناس زمان يكذب فيه الصادق، ويصدق فيه الكاذب، ويخون فيه الأمين، ويؤتمن فيه الخؤون، ويشهد فيه المرء وإن لم يستشهد، ويحلف وإن لم يستحلف، ويكون أسعد الناس في الدنيا لكع بن لكع؛ لا يؤمن بالله ورسوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang benar akan didustakan, pendusta akan dibenarkan, orang amanah akan dianggap khianat, orang khianat akan diberikan amanah; Seseorang itu bersaksi sekalipun tidak diminta untuk bersaksi, dia bersumpah sekalipun tidak diminta untuk bersumpah. Orang yang paling bahagia di dunia adalah Luka’ Ibn Luka’ (anak daripada keturunan yang tidak baik dan tiada asal usulnya); Dia tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1340, hadis nombor 6848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن أم سلمة رضي الله عنها مرفوعا: ليأتين على الناس زمان يكذب فيه الصادق، ويصدق فيه الكاذب، ويخون فيه الأمين، ويؤتمن فيه الخؤون، ويشهد فيه المرء وإن لم يستشهد، ويحلف وإن لم يستحلف، ويكون أسعد الناس في الدنيا لكع بن لكع؛ لا يؤمن بالله ورسوله.
[تخ، ((الضعيفة)) (4366)]

(Lemah)
Daripada Ummi Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang benar akan didustakan, pendusta akan dibenarkan, orang amanah akan dianggap khianat, orang khianat akan diberikan amanah; Seseorang itu bersaksi sekalipun tidak diminta untuk bersaksi, dia bersumpah sekalipun tidak diminta untuk bersumpah. Orang yang paling bahagia di dunia adalah Luka’ Ibn Luka’ (anak daripada keturunan yang tidak baik dan tiada asal usulnya); Dia tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr. . Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4366]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs