Orang yang paling awal sampai kepada aku di telaga adalah orang yang paling awal memeluk Islam iaitu Ali bin Abi Talib

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أولكم ورودا علي الحوض، أولكم إسلاما: علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Orang yang paling awal sampai kepada aku di telaga adalah orang yang paling awal memeluk Islam iaitu Ali bin Abi Talib.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 346-347, hadis nombor 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن سلمان مرفوعا. وفي إسناده: عبد الرحمن بن قيس الزعفراني، وهو وضاع، وتابعه سيف بن محمد، وهو شر منه. وقد رواه الخطيب من طريقه، وأخرجه الحاكم في المستدرك من طريقه أيضا. وقد رواه الحارث بن أبي أسامة من طرق يحيى بن هاشم السمسار متابعا لهما، وهو كذاب.
وروى أبو بكر بن أبي عاصم من طريق عبد الرزاق متابعا لهم، لكن موقوفا على سلمان. قال في اللآلىء: وهذه متابعة قوية جدا، ولا يضر إيراده بصيغة الوقف، لأن له حكم الرفع. انتهى. فقد رواه كل واحد من هؤلاء الأربعة عن سفيان الثوري. ورواه ابن مردويه، من طريق محمد بن يحيى المازني عن سفيان. فكان خامسا لهم، وعبد الرزاق لا يحتاج إلى متابع.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Salman secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Abdul Rahman bin Qais al-Za’farani, seorang pemalsu hadith. Saif bin Muhammad meriwayatkan hadis dari jalan yang sama dengannya namun dia lebih teruk daripadanya.
Ia diriwayatkan juga oleh al-Khatib daripada jalannya, dan dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan jalan yang sama. Al-Harith bin Abi Usamah meriwayatkan hadith ini daripada jalan Yahya bin Hasyim al-Simsar yang merupakan penguat bagi mereka berdua, dia adalah pendusta.
Abu Bakr bin Abi Asim meriwayatkan daripada jalan Abd al-Razzaq sebagai penguat kepada mereka, tetapi secara mauquf kepada Salman.
Dia berkata dalam al-Laali’: Ini merupakan mutabaah yang sangat kuat, dan tidak mengapa mendatangkannya dengan lafaz marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), kerana ia adalah marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) secara hukum. Kesemua empat orang perawi tadi telah meriwayatkannya daripada Sufyan al-Thauri.
Ia juga diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih daripada jalan Muhammad bin Yahya al-Mazini daripada Sufyan. Ia menjadi penguat yang kelima dan Abd al-Razzaq tidak memerlukan riwayat penguat.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs