Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أَوَّلُكُمْ وُرُودًا عَلَيَّ الْحَوْضَ، أَوَّلُكُمْ إِسْلامًا: عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Orang yang paling awal sampai kepada aku di telaga adalah orang yang paling awal memeluk Islam iaitu Ali bin Abi Talib.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 346-347, hadis no. 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Salman secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Abdul Rahman bin Qais al-Za’farani, seorang pemalsu hadith. Saif bin Muhammad meriwayatkan hadis dari jalan yang sama dengannya namun dia lebih teruk daripadanya. Ia diriwayatkan juga oleh al-Khatib daripada jalannya, dan dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan jalan yang sama. Al-Harith bin Abi Usamah meriwayatkan hadith ini daripada jalan Yahya bin Hasyim al-Simsar yang merupakan penguat bagi mereka berdua, dia adalah pendusta. Abu Bakr bin Abi Asim meriwayatkan daripada jalan Abd al-Razzaq sebagai penguat kepada mereka, tetapi secara mauquf kepada Salman. Dia berkata dalam al-Laali’: Ini merupakan mutabaah yang sangat kuat, dan tidak mengapa mendatangkannya dengan lafaz marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW), kerana ia adalah marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) secara hukum. Kesemua empat orang perawi tadi telah meriwayatkannya daripada Sufyan al-Thauri. Ia juga diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih daripada jalan Muhammad bin Yahya al-Mazini daripada Sufyan. Ia menjadi penguat yang kelima dan Abd al-Razzaq tidak memerlukan riwayat penguat.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman